ZON BEBAS ASAP ROKOK

Negeri Melaka merupakan negeri pertama yang menjalankan program Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) telah diwartakan pada 14 Jun 2011. Sehingga kini, terdapat beberapa negeri telahpun menjalankan program ini, antaranya Pulau Pinang (PENBAR), Selangor (SELBAR), Kelantan (IKBAR), dan Johor (JBAR). Tujuan MBAR diwujudkan adalah untuk melindungi majoriti orang ramai yang TIDAK MEROKOK dari asap rokok basi yang berbahaya.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan lima (5) zon di Negeri Melaka sebagai kawasan larangan merokok. Zon larangan merokok dibawah MBAR meliputi kawasan:

*Kawasan larangan merokok adalah termasuk semua bangunan yang berbumbung, termasuk kawasan yang berpayung.

*Terdapat 2 Zon Eksklusif, iaitu Jalan Jonker dan Jalan Kota, dimana kawasan larangan merokok merangkumi kawasan di dalam dan di luar bangunan serta di sepanjang jalan.

 

Penalti Merokok di Zon MBAR

Jika didapati merokok di zon larangan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

 

Di Dalam Bangunan

  • Di tempat kerja
  • Di mana-mana muzium dan tempat antikuiti
  • Di dalam mana-mana hotel
  • Di dalam mana-mana premis perniagaan
  • Di pasar awam
  • Di mana-mana tempat makan (Kedai Makan / Gerai Makan / Pusat Penjaja)
  • Di mana-mana kaunter perkhidmatan

Di Luar Bangunan

  • Tapak Warisan Sejarah dan Warisan Budaya
  • Taman Permainan Kanak-kanak dan Taman Rekreasi
  • Sepanjang Zon Ekslusif Jonker Walk
  • Sepanjang Zon Ekslusif Jalan Kota

 

Definisi "Kawasan Larangan Merokok"

“Kawasan larangan merokok meliputi semua kawasan di bawah bumbung bangunan tersebut, termasuk di bawah payung atau kanopi bagi gerai berpusat”

 

Tanggungjawab Pemilik/Penghuni Premis

  • Tidak menyediakan kemudahan merokok atau bekas habuk rokok di dalam premis
  • Mempamerkan tanda larangan merokok di dalam premis. Sekiranya gagal, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan.
  • Memastikan tiada orang merokok di dalam premisnya. Sekiranya gagal, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun.

 

Bermula 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan semua premis makanan berhawa dingin dan tidak berhawa dingin telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok, dan penguatkuasaan undung - undang telahpun bermula pada 1 Januari 2020.

Larangan merokok di semua premis makanan masih terpakai sehingga kini dan pihak KKM menjalankan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa di seluruh negara bagi memantau kepatuhan larangan merokok ini.


Tarikh Akhir Kemaskini :: 09-05-2022 :: 04:21 PM