Virus Korona ataupun COVID – 19 pertama kali dikesan di Bandar Wuhan, China pada Disember 2019. Virus tersebut seterusnya telah tersebar ke seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Kini, sebanyak 223 buah negara telahpun terlibat dengan jumlah kes secara keseluruhan adalah sebanyak 147, 539, 302 dan jumlah kematian adalah sebanyak 3, 116, 444 kes (sehingga 28 April 2021). Negara Malaysia telahpun memasuki gelombang ke-3 bermula 20 September 2020 yang lalu, dan sehingga 28 April 2021, jumlah keseluruhan di Malaysia adalah sebanyak 398, 451 kes dengan kematian sebanyak 1, 462 kes.
Bagi memahami hubungan antara merokok dan jangkitan COVID – 19, suatu kajian telah dilakukan oleh kerjasama KKM melalui Bahagian Kawalan Penyakit, Bahagian Perkembangan Perubatan dan Institut Kesihatan Negara dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian mandapati perokok mempunyai risiko hampir 2 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat komplikasi COVID – 19 seperti sindrom gangguan pernafasan akut, kerosakan buah pinggang dan kerosakan hati. Didapati seramai 5, 889 orang pesakit COVID – 19 yang dirawat di semua hospital di seluruh negara pada 1 Februari 2020 hingga 31 Mei 2020. Dari jumlah itu, seramai 791 individu merupakan perokok, dimana 773 daripadanya adalah lelaki (97.7%) dan 18 adalah wanita (2.3%). 5,098 lagi bukan perokok, dengan majoriti berumur 30 tahun ke atas.
Berikut merupakan hasil kajian mengenai kaitan antara merokok dan COVID - 19:
FAQ
Pengguna produk tembakau seperti rokok, waterpipes, bidis, cigars serta produk heated tobacco terdedah dengan risiko dijangkiti virus COVID - 19 disebabkan cara merokok itu sendiri yang melibatkan kontak antara jari – jari dan tangan ( dan kemungkinan juga rokok yang telah dicemari virus ) dengan bibir. Waterpipes seperti shisha dan hookah biasanya melibatkan perkongsian corong mulut dan paip yang akan meningkatkan penyebaran virus kepada penggunanya.
Cara penularan COVID – 19 adalah melalui titisan hidung atau mulut. Justeru, pengguna vape cenderung untuk menyebarkan dan dijangkiti virus ini sekiranya berkongsi peralatan vape akibat penularan virus dari tangan ke mulut ketika menggunakan alatan tersebut.
Penggunaan tembakau tanpa asap biasanya mengakibatkan berlakunya kontak dari tangan ke mulut. Selain dari itu, penggunaan produk tembakau tanpa asap seperti chewing tobacco meningkatkan penyebaran virus apabila pengguna meludahkan air liur yang berlebihan ketika pengunyahan.
World Health Organization ( WHO ) menyarankan pengguna tembakau untuk berhenti merokok. Dengan berhenti merokok, paru – paru dan jantung akan berfungsi dengan lebih baik sebaik sahaja berhenti merokok.