MENGENAI KAMI

VISI, MISI & OBJEKTIF

FASA II: 2014-2018

Visi

‘Melaka Maju – Bebas Asap Rokok pada tahun 2018’

Hasrat visi MBAR selaras dengan usaha pengurangan sebanyak 30% penggunaan tembakau  di seluruh dunia menjelang tahun 2025.

Misi

Memperkasakan masyarakat melalui peranan dan tanggungjawab bersama Gabungan ”NGO” Melaka Bebas Asap Rokok (GaNMBAR) supaya seluruh Negeri Melaka dapat mencapai bebas asap rokok 100% di semua tempat bertutup, premis dan pengangkutan awam serta tapak warisan dunia.

Objektif Program

  • Mewujudkan Kawasan Bebas Asap Rokok di negeri Melaka demi:
    • Melindungi hak golongan majoriti bukan perokok dari ancaman pencemaran udara oleh asap rokok terutamanya wanita dan kanak-kanak;
    • Menggalakkan masyarakat tidak merokok sebagai amalan cara hidup sihat di kalangan rakyat Melaka;
    • Menggalakkan para perokok untuk berhenti merokok;
  • Membantu usaha Kerajaan Negeri Melaka untuk mencapai dan mengekalkan status negeri maju dengan melaksanakan persekitaran bebas asap rokok bagi melindungi kesihatan rakyat; dan
  • Membantu usaha Kerajaan Negeri Melaka untuk mengekalkan status Bandar Raya Warisan Dunia UNESCO dengan melaksanakan projek Melaka Bebas Asap Rokok dalam usaha melindungi segala artifak dan bangunan warisan sejarah Negeri Melaka daripada kesan hakisan asap rokok basi.
MENGENAI KAMI     SEJARAH PENUBUHAN    VISI, MISI & OBJEKTIF   PENERANGAN LOGO & 5 STRATEGI     STRUKTUR ORGANISASI     CARTA ORGANISASI KAKITANGAN 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 09-11-2016 :: 02:11 PM